-->

Wednesday, August 17, 2011

Sehari bersama nenek- Part 1


Greetings to all.

Mari bercerita aktiviti semalam pagi(dh malam, pg plak).Semalam pagi telah aku menemani nenek pergi hospital.Al-kisah, pukul 8 pg sedang aku memandikan Bleki yg bajet comel tu, ibunda pun memanggil. "Along, anjang suruh teman nenek check-up ,".Aku meng-ok kan shj.Ok kan shj tu semacam tak beria sbb aku tak suka klinik.tapi tak bermaksud aku tak rela nak temankan nenek. Suka sgt dpt temankan nenek.Masa anjang dah sampai amek kiteorg aku cool lagi.Dah separuh jalan anjang belok kanan ?Hospital ke? Aku dah cuak.Harap maklum tempat paling aku takut nak pergi adalah Hospital.Tp bila anjang ke kiri pulak aku lega balik.Ok, klinik je.(klinik ok la skit dr hospital kn?)tak sampai 5 mnt, anjang ke kanan pulak.Ah sudahh.Mmg ke hospital la ni.Seumor hidup aku, 3 sebab aku pernah pergi hospital.1st, masa Nek Teh & Tok Wan sakit,2nd adik aku Awg xcident.3rd lawat kawan2 sakit.Tahu kenapa?.Yes.Tepat skali?aku ni nosocomephobia.Hidung aku ni sakit dgn benda2 pharmaceutical ni. aku sedot sikit pun dah sesak semacam tercekik2 je.Teruk.Sebab tu kalau demam aku tak telan ubat.

Setelah sampai, terus kami menuju ke Unit Radiologi setelah di tunjuk arah oleh pakcik bertugas.Setelah mengambil nombor nenek pun duduk menunggu giliran.Aku berdiri je la, bg peluang org sakit duduk kan.Mak aiiee,gila banyak org masa tu.Aku berdiri kat pintu keluar masuk.Sudahnya, aku jadi penjaga pintu duwh.Org nk masuk aku bukakn pintu, org keluar pun aku tolong bukakkan pintu.Sambil2 memberi senyuman bergula.Cantik tak aku?Eh silap, comel tak aku? . Tapi dalam hati aku bergoyang semacam.Kot campuran bau dadah yg bermacam tu yg efek smpi ke jantung aku tak?Mmg tak tahan. Byk tak byk jugak la bekas2 junior aku masa sekolah yg kerja kat hospital tu.Tak tau la doktor ke apa.Tak sempat nak bertanya.Hee.

Sampai giliran nenek, aku pun ikut masuk.Tapi tak masuk ke dalam ar an. Inilah satu sebab aku tak suka nak pergi hospital.Sedang memimpin tgn nenek tanpa mahu menoleh kiri ke kanan ke, lalu sebuah katil sorg. ada budak kecik yg menggunakan bantuan oksigen yg ada mcm plastik besar tu.Ya Allah.Kesian sgt.Dgn keadaan yg mcm tu, merata tiub cucuk tang sana sini lagi bdn yg lemah pucat semacam.Betul aku sebak.Aku agak umur dia 4 ke 5 tahun.Muka dia kacak.Budak lelaki kacak.Tak tahu lah dia sakit apa.Tapi aku tader idea betul la mcm mana dia tanggung kesakitan dia tu.kalau boleh buat gaya masa tu, mmg aku buat gaya jatuh terjelepuk.tapi mmg tak buat la.Over-acting pulak kn?Memang aku tak patut berada kat hospital. Tu baru seorg org sakit yg aku nmpak.kalau byk? entah2 aku kena lap lantai sbb basah dgn air mata.Aku ini gila sensitif punya org.Tau ka?

Masa tunggu nenek yg entahbuatapa kt dlm, aku peratikan seorang nenek cina tu yg nampak mcm sgt sudah uzur.Sbb dia pakai snow cap ala-ala mcm rambut dh takde.Tp rupa2nya, bkn dia yg nk pergi check, dia bawak anak dia.Entah lah anak ke apa, tapi yg pasti dia temankn seorg perempuan muda yg nak buat x-ray.Berbisik-bisik hati aku, kalau Allah nak bagi sakit tak kira umur kan?Mungkin hari ini aku temankan nenek, entah2 esok tak pun sekejap lagi nenek pulak yg temankan aku ke?Kalau lah itu yg terjadi, bertambah satu lagi sebab aku ke hospital-

Dengan haruman dadah yg menyesak ke tekak dan suasana ala-ala bz E.R , aku duduk diam diam sambil main PSP.Mmg saja aku bekal sebab nk ngelat kelemah-lututan berada kt hospital.Setelah sekian puluh-puluhan minit menunggu, nenek pun keluar sambil menggosok2 perut.sakit perut kena tekan2 katenye.Kesian nenek.

Kami pun menunggu anjang di luar hospital sambil duduk sembang2.Sempat lagi kiteorg main teka2 kereta anjang.Yang pasti setiap kali aku teka kereta yg masuk tu kereta anjang, nenek akan kata salah.Sampai naik angin nenek aku sbb selalu sgt salah.Nenek pulak, sekali je teka, dah betol.Hoyehh.Itulah cerita kepala lutut longgar aku.Takdee la mati kau pergi ospital along?Kejam tak ayat aku ?


Nenek pun layan je bila ajak posing.:*Muah pp nenek!


0 tukang komen comel comel belake:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wa Cinta lu hokeh!