-->

Thursday, August 4, 2011

Evolusi?Sila bantu aku.

Berubah.Siapa yang tak ingin berubah.Berubah ke arah yang lebih baik.Tak kan ade orang yang nk berubah jd jahat kot? ade ke? Kalaupun aku nk berubah, itu adalah atas kehendak aku.Bukan paksaan org lain. Dorongan org lain,yes.mmg aku sgt perlukan dorongan dan sokongan org lain.Ade ke org tak sokong kalau kite nak buat baik?haha ade la kot. Back to the subject ; BERUBAH.Kate org nak berubah tu senang.Just hold on to Quran & Sunnah. Aku pernah terfikir utk diri aku, suatu hari kelak aku nk mengabdikan diri aku kepada Allah sahaja.Sampai waktunya itu aku rasa mcm nak duduk kt Makkah, nk beribadat 24/7 dan nak mati kat sana.Satu lagi benda yg aku paling2 nak ialah mati syahid. Kot aku berpeluang pergi perang pergi berjihad ke apa.Aku rasa memang hidup untuk itu. Tapi kita tak akan pernah tahu,kot2 ajal aku esok lusa, paling cepat pon sekarang ni, mase aku menaip ni ha! Mmg tak sempat lah aku nak pergi duduk tinggal kat Makkah/pergi berjuang berjihad segala yang seumpama itu.Kalaulah mati aku esok, ape lah bekalan aku nk menghadap Allah. Takut!! Memangla orang akan cakap, tak payah duduk Makkah,mati kat Makkah,pergi berjihad, kalau nak beribadat kat Malaysia pun boleh.Tapi aku terasa nak buat sebab bagi aku kalau beribadat kat sana takkan ada anasir-anasir yang akan pengaruh aku.Iman aku lemah dik. Nasihat org hari ni, aku sendiri buat perkara yang sama esok lusa.Teringat pulak aku, bila aku cube mengingatkan org sekeliling aku tentang sesuatu perkara, mesti tak mesti akan di dijawab "kau pun sama," ye lah aku pun sama.Tak payah nak kata la aku pun sama ke whatsoever, paling2 pun selepas aku tegur tu, automatik aku akan terfikir sendiri, aku sendiri pun sama. Tapi walaupun orang tu pernah buat kesilapan yang sama, tak salah menegurkan?(peringatan untuk aku sendiri).Takkan lah nak diam kan aje? Kalau orang tak tegur kita langsung , tak ke kita sendiri yang rasa bersalah semacam kenapa-dia-tak-tegur aku.Kan? Tapi paling tak tahan bila kite cuba tegur, org suruh diam-lah-kau..Alahai.Sentap dik.(sekali lagi akan ada org akan ckp,kau pun sama!)

Nak berubah jadi baik? Baik untuk siapa? Takrif yang diletak manusia tak sama dengan takrif baik yang tertulis oleh hukum Tuhan tau. Nak jadi baik bukan sebab kehendak org lain.Bukan kehendak yg dipertuan abah-mak aku, bukan adik beradik aku, bukan suami (bakal) aku, bkn jugak kawan-kawan aku. Bukan untuk puaskan hati orang semata.Tak ikhlas nanti jadinya.Hati tu Allah yang pegang.kalau pun jaga solat, tapi aurat tak tutup belum lah baik.Solat tak tinggal tapi tapi masih tengok video lucah, tak jugak baik. Pakai tudung panjang-panjang tapi pantang tengok orang laju je nak memaki rupa bentuk fizikal orang, belum jugak baik. Nak betul2 baik kenalah grab islam tu sepenuhnya. Yang asas2 Tuhan suruh tu patuh, tapi yang lain2 tak, tak boleh jugak kan.Contoh bila org mintak tolong, berkira! Kena taik haiwan,melenting. Alang2 nak baik, baik lah seluruhnya kan? Baik kepada Tuhan, baik sesama manusia dan baik kepada alam ; haiwan dan pokok2! Tapi Malaysia punya standard orang baik tu yang nampak kat luar je. Kalau orang tu bertudung + menjaga solat mesti sudah di cop baik.Aku pun ade fikiran yang macam itu.Tapi kan, boleh ke aku jadi sesempurna itu?Mintak Hidayah!

Mesti korang pernah dgr, xpelah aku bg pahala kat kau.Why,pahala kita dh cukup banyak ke sampai nk bagi org lain dapat pahala? kita tak nak ke kejar pahala tu? uikss pahala tu beb. Aku ingin nak ada sikap yang nak terkejar2 nak mendapat pahala. Macam yang Emak aku selalu pesan.Tapi malangnya, aku selalu bg peluang org lain dapat pahala.Contohnya, bila mak suruh sidai baju, aku tak nak.Last2 orang lain yg buat.Tak ke org lain tu yg dapat pahala yang sepatutnya aku dapat?( bab2 baju; cuci, sidai,lipat mmg aku tak suka.Mintak maaf) Kalau nak berubah from what we were, mmg kena lalui bayk fasa la dik. Sbb benda dah jadi darah daging, kena lah cerai2kan pelan2.Ye lah, macam aku, yg bighead nih.Keras kepala semacam kaju jati.Dlu mase baru reti nak berfikir,aku plan nak berubah bila dh masuk sekolah menengah.Dah sekolah menengah tunggu umur masuk 15 tahun,dh 15 tahun ,tggu lah pulak dh masuk U, dh masuk U tak jugak berubah-ubah, tggu lah dh kahwen nanti.haa yg dh kawen ni belom.nasib baiklah dlm aku tunggu tunggu tu Allah tak tarik nyawa aku.Kalau tak mmg mati katak aku.Mati yg hidup sia-sia je xde kebaikan kepada diri sendiri khasnya dan kpd org lain amnya.(dah gaya karangan sekolah rendah) Sebab selalu terfikir pasal mati lah sejak berapa2 bulan ni, aku rasa aku patut do something utk hidup aku.Kenapa aku selalu lupa malaikat maut menjenguk kita setiap 21 minit iaitu bersamaan 70 kali sehari?? Kalau aku selalu ingt perkara tu tentu aku tak terleka seperti aku yang ada sekarang ni.Yang tak baik.Kebaikan-kebaikan sesama manusia tu senanglah kot, janji ikhlas je.Tapi kebaikan aku kpd Tuhan aku, amat la cinonet.tengok lah aku, dh suku abad. Solat aku, belobang!! Subuh liat. Kalau dah tinggal tak pernah nak Qada'.betul lah kata emak aku, aku tak mcm adik2, tertinggl subuh, ttp qada'.Pulak tu aku,suke solat dah masuk hujung2 waktu.solat pun asek ulang surah Qul yg tiga tu je lah.mengaji pun dh lame tak buat. Baca Quran pun aci redah je, mmg tak pernah lah nak semak maksud ayat2 Al-Quran tu.Aurat pulak, setakat tudung biasa-biasa je.Tu yang wajib, yang sunat? mmg tak di buat.Qiyam?adelah dlu mase sekolah, tu pun ikut aktiviti sekolah.solat rawatib utk stiap solat fardu?pernah lah di buat mase mula-mula belajar solat sunat tu. Berzikir? Adelah bila mak bukak astro oasis siaran Indahnya Iman,tu pun sekerat2. Bila mak lari sekejap je, laju bukak channel lain.Solat tahajud tengah malam?Bangun pagi pun pernah kena simbah air. Puasa sunat Isnin Khamis? Puasa ganti je kot, tu pun dah masuk Sya'ban baru nak buat direct ke ramadan terus.Pahala2 tambahan yg Tuhan bg free pun aku abai2kan. Paling senang lah tolong emak. Tolong tu tolong, tp kadang2 merungut.tak ikhlas kate mak.Haishh ape je lah kebaikan yang aku dah buat ni??Menagis!Kalau nak kate keburukkan tu memang banyak sangat la.kalau aku listkan memang berkajang la.Sedih!Kalau aku berubah pada tahun ke-25 aku hidup ni 180 upside down, inside out, ok ke? Tapi iman aku lemah dik.Hari ni aku kate nk berubah, esok2 aku buat lagi. Hari ni aku rajin, esok aku malas. Bila aku cube berbaik dg org, org akan cube cari pasal dgn aku. Dah 25,dh lambat kan aku fikir nak berubah.Orang keliling yang terdekat pun dah cop aku tak baik, tak dpt di bentuk.Tp better late than never kan, tapi it's better to never be late. Semua benda kat alam ni is fated.only berubah by god's will, usaha plus doa.
Tapi satu je masalah sesetengah dari orang keliling.Bila orang nak berubah ade sahaja pandangan negative beliau.Kalau tak tuduh yang nak berubah tu saja niat nak menunjuk2 a.k.a tak ikhlas tak pun ala, sehari-dua-je-tu.Tolonglah, jgn sekadar mengkritik, sila tolong bagi bantuan.Tak Semestinya org buat baik tu berniat ikhlas tak ikhlas. Kita boleh nmpak hati dia kah?Oh, kita boleh nampak riak gaya dia ya.Bukan hak kita nak menilai.Percayalah bila kita suka sangat menilai orang, ramai lagi orang akan menilai kita. Lagi2 yang ade ilmu agama lebih tu(yang sekolah agama whatsoever).Baru terperasan,dalam adik beradik aku, aku je yang tak sekolah agama.Faktor jugak la mungkin aku ni kurang kemas mnjaga agama berbanding adik2 aku lain, instead of tudung, pakaian.Sebab diorang pakai yang labuh-labuh.Tak macam aku, luar dalam atas bawah pakaian aku sering di kritik oleh presiden pengkritik sedunia Puan emak yang ku sayang.Dah memang patut di kritik kan emak? Ouchh!(malu).

Tapi betullah, hati aku terbukak sebab baca buku pasal agama since 3 4 bulan nih.Dari baca 'Life is an Open Secret edisi pink dan oren(yang oren ni,edisi ramadan), 'Nota Hati seorang Lelaki' dan 'Beduk di Ketuk' by Pahrol Mohd. Juoi, dan karya2 novelis kesayangan Noor Suraya dan Hlovate!paling latest aku baca Contengan Jalanan ; Hlovate.terbaik wok!yang Contengan Jalanan ni kesan dia sgt besar aku rasa.

p/s : Kalau Fend berubah sbb 11th hour, K² berubah sebab sketchbook Fend, aku pulak terasa nk berubah sbb Contengan Jalanan.

Jadinye, aku mintak maaf kat korang kalau ada salah silap dosa yang tak termaaf.Teringat pulak aku ada seorang hamba Allah yang mintak maaf kat aku baru-baru ni atas kesalahan-kesalahan yang aku pernah niat tak akan maafkan.Kesalahan fitnah yang bertujuan mengaibkan.Beliau mintak maaf sebab nak pergi umrah dan nak berubah katenye.Seronoknya kan dia buat ramadan kat sana.Tapi aku sure hati dia tak tenang sbb aku tak pernah reply yang aku dah maafkan dia.(sbb berkali-kali beliau mntak) Bila aku sendiri yang nak mintak org maafkan aku, baru aku rasa mcm mana rasa itu.Kan?aku mmg patut maafkan beliau.Tapi selepas ni aku tak dengar ape2 lagi psl beliau.
Dan jadinya lagi, aku nak gunakan sebulan Ramadan ni dengan sebaik2nya.Aku nak kejar semua benda yang boleh buat aku dapat hidayah direct tanpa perlu fikir pandangan org2 sekeliling aku.Yang boleh pecahkan kepala keras semacam kayu jati ni td.Mungkin aku bukan insan terpilih yg akan dpt hidayah free2 mcm org lain tu.(Mungkin tu sbb kita tak tahu apa akan jd lepas-lepas ni?)Aku kena usaha lebih.Lagi pun aku yakin, Allah pandang usaha kan?
Silalah, tolong bantu aku. Sekian,Wassalam.


Narated Abu Huraira (may Allah be pleased with him) : The Messenger of Allah (peace be upon him) said:"...whoever fasts during Ramadan out of sincere faith and hoping to attain Allah's rewards, then all his past sins will be forgiven." (Al-Bukhari)



5 tukang komen comel comel belake:

Anonymous said...

alhamdulillah..sama2 kita..yang penting istiqomah..Allah sentiasa menerima taubat hambaNya..sekadar ingatan yg x sberapa untuk diri sendiri dan farah jika sudi menerimanya..:)

-fa- said...

Thanks so much. Ameen!

Anonymous said...

mungkin maksud ustazah pilihan itu,mngenyangkan.sesuatu yg msuk ke dlm rongga perut.sbb kita boleh merasa kenyg bila sesuatu msuk dalam perut.bkn tlinga or hidung..mkn kropok mmg xknyg.tp bg yg kuat mkn mkn nsi stu pgan pun xknyg gak kn..mungkin dia mnerangkan mgikut kfhmn org skeliling atupun ayt mudah ataupun dia xde word yg sesuai wktu tu..bersangka baik lbh mulia dr mcari kslhn.jom timba ilmu.:)

-fa- said...
This comment has been removed by the author.
-fa- said...

ya rite rite rite,sbb tu tak kata salah apa yg ustazah pilihan itu cuba terangkan. cuma d mntak terang dgn jelas. dan sbb itu juga ada "sbb bagi aku" mkn keropok tak kenyang.sbb nak terangkan lain org lain pndgn nya. sbnrnye xde niat pun nak mencari kesalahan, cuma mntak d terang jelas je.(sbb kn mungkin dia xde word yg sesuai msa tu). maaflah kalau ayat yg d gunakan itu mnyakitkan hati hgga ade yg fhm cara lain.my bad.bahasa teruk dan kasar.dan sgt berterima kasih kpd ustazah pilihan itu kerana bgtau semua bnda tu. sedang timba ilmu. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wa Cinta lu hokeh!