-->

Saturday, July 30, 2011

ber Onani?

Hukum onani

Salam 'Alaik.

Ini terjemah secara lengkap fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenai hukum onani dari bukunya al-Halal Wal Haram Fil Islam, hal. 161.

Semoga terjemahan ini bermanfaat untuk semua.

Hukum onani

Adakalanya darah seorang pemuda itu bergelora, lalu dia menggunakan tangannya mengeluarkan mani untuk meredakan ketegangan dan menenangkan gelora syahwatnya. Cara begini dikenali sebagai `al-`adah al-sirriyah’ (onani/istimna’).

Onani diharamkan oleh kebanyakan ulamak. Imam Malik menggunakan dalil dari firman Allah Taala:


"Dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka kecuali terhadap isterinya tau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa berkehendak selain dari yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu’minun: 5- 7). Kerana orang yang beronani adalah melepaskan syahwat bukan pada tempatnya.

Manakala Imam Ahmad bin Hanbal pula berpendapat, bahawa mani adalah satu benda lebihan dari tubuh badan. Oleh itu ia boleh dikeluarkan seperti memotong daging lebih. Pendapat ini disokong dan diperkuatkan oleh Ibnu Hazmin. Fuqahak Hanbali mensyaratkan pengharusan onani dengan dua perkara:

1 . Khuatir akan melakukan zina
2 . Tidak mampu berkahwin

Kita dapat mengambil pendapat imam Ahmad ini dalam keadaan gelora syahwat memuncak dan dikhuatiri akan jatuh ke dalam perkara yang haram. Contohnya, seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di luar yang jauh dari negaranya, di mana di sekelilingnya terdapat pengaruh-pengaruh yang terlalu kuat dan dia takut akan melakukan zina. Oleh itu dia tidak berdosa menggunakan cara onani untuk memadamkan dan meredakan gelora syahwatnya dan supaya tidak menjadi melampaui batas dan gelora syahwatnya menjadi ulat.

Namun apa yang terbaik ialah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu hendaklah dia memperbanyakkan puasa, di mana puasa itu dapat mendidik keinginan, mengajar kesabaran dan menguatkan taqwa serta muraqabah kepada Allah Taala di dalam diri seorang muslim. Sabdanya:


"Wahai sekelian pemuda! Barangsiapa di antara kamu mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, keran ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa yang tidak berkemampuan, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginya merupakan pelindung." (HR Bukari)



Sumber : Koleksi Artikel myMasjid

0 tukang komen comel comel belake:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wa Cinta lu hokeh!