-->

Friday, December 9, 2011

Malas Solat?


  • Solat : 5 waktu sehari ( 1 waktu = 10 minit) 10 minit x 5 waktu = 50 minit.
  • Tidur : sehari 8 jam= 480 minit
  • Makan : 3 kali sehari ( sekali makan = 20 minit ) 20 minit x 3 = 60 minit
  • Menonton televisyen : Sehari 3 jam = 180 minit.
  • Besembang/internet : Sehari 2 jam = 120 minit
  • Bekerja : Sehari 8 jam= 480 minit
Allah SWT mengurniakan kita 24 jam (1440 minit) sehari.Apa perkara paling sedikit kita lakukan dalam tempoh masa tersebut?Perkara yang paling sedikit itulah yang memberi keselamatan kepada kita sehingga hari akhirat kelak. Renung-Renungkanlah! :)







Monday, November 14, 2011

Yeay! Dah nak kawen!


Yeayy la sangat kan Along? Dah bersedia sangat ke? Ha ha. Tentu la tidak -_-! Aku beriya2 nak kawen tapi sebenarnya aku takut weyh.Lepas kawen, aku kena la ubah 180 upside down inside out life aku.Relationship is not a game,neither is marriage. Aku tak boleh la nak bermalasan2 je .Tak boleh nak bgn tdo ikut suka hati kerajann aku je.Aku pun tak boleh nak goyang kaki menganggur je. Paling best, aku kena patuh la kate suami aku. ye la, kalau dulu bila dia kata dia xnak aku kwn ngan orang tu, orang ni ,aku selamba bodo je boleh jawab, "kite belum kawen". Ni nanti dah kawen, kalau dia tak bagi kawan memang takkk bolehh la. Ha? haaa? Ape? Ye la aku memag la kena patuh. Tak nak aku jd penderhaka kepada suami. Dulu aku pernah kata nak Berubah. <--sila semak link ini. Ok, itu tak berapa nak terlaksana. Hanya terlaksana separuh peratus je. So, aku dah ade kesempatan yang besar ni. Pada aku nk berubah kena ada satu point baru. Suatu tempat baru, satu keadaan baru. Kena berhijrah dari yang lama kepada yang baru dari segala segi supaya tak ada benda yang akan mempengaruhi kita. Betul lah ni point baru aku. Kehidupan baru d alam rumah tangga.Cewahhhh. Betol hape? Kehidupan baru. Aku boleh mulakan dgn kosong.Ape tak boleh? Takde yang tak boleh ok. Takpa, kita cuba nanti. Lagi sebulan 2 3 hari je. Waaaa! jatuh rahang aku!

Bersediakah aku?Soalan ni dah seratus lapan kali aku dengar. Betul cakap, aku belum bersedia. Banyak benda yang menjadi kerisauan aku. Macam mana penerimaan keluarga baru aku. Sebab aku ni kurang banyak bercakap + kurang berinteraksi + kurang bersosial + sering tak pasti nak bagi respon apa kat orang sekeliling aku. Risau aku kalau orang tak senang dengan aku. Aku berdoa byk2 semoga aku ni menjadi peramah berganda2 terhadap orang sekeliling aku. Lagi, aku risau kalau aku masak tak sedap.uhuk uhuk. Mana la tau selera dia lain.Ye dia memang pernah makan masakan aku.katanye sedap. Ala, satu dua masakan je dia rasa, kebetulan yang tu menjadi, nanti macam mana kalau aku masak jadi tak sedap. kalau dia kata tak sedap, tentu2 aku menangis.ha camana tu? ok, mari mengumpul banyak2 resipi.

Majlis nye akan berlangsung di kampung Tok aku, iaitu kampung Abah aku, di Changkat Jering, Taiping, Perak. kenapa aku tak buat kat  Sarawak.Ye, ye aku mmg asal Sarawak. Tentu2 sedara mara, sahabat handai di sarawak akan tanya kenapa tak buat di Sarawak?InsyaAllah kalau ada rezeki lebih. Aku buat di Taiping atas banyak2 sebab. Adik2 aku pun ada kat sana. Dah minggu akhir study, dah nak exam dah pun. Kalau aku buat di Sarawak ni, tentu2 adik2 aku tak dapat datang.hey! Mane boleh adik aku tak dtg. No no no! aku sorang je kakak sulong derang ok. Erk. Lagipun , nak bagi mudah kedua2 belah pihak. Bakal suami aku dok Melake. Gap majlis kiterog pun seminggu. Takde lah aku payah nak kejar sini kejar sane naik belon. Kalau kat sana takde lah nk tekejar sgt belon nye.he he.. Memandang cuti bakal suami pun tak banyak, gap nye kena lah seminggu je.kalau banyak2 minggu gap nye, tak fresh pulak jd nye kan.Ahakz!

Kenduri akan berlangsung pada 17/12.Tarikh keramat uols. kenapa? sebab 2 kawan baik aku pun akan bertunang pada tarikh yg sama. he he.Umur kami sudah pun 25.Memang sudah patut menuju ke dunia perkahwinan dan keibuan.hak hak.Oh ya, seorang lagi kawan baik aku bakal menimang cahaya mata bulan 12 ni. >.< . teruja aku.Tak sabar rasanya nak meraikan si comel itu nanti.tak sabar tak sabar!Balik kepada majlis aku sudah pun membuat beberapa research.ehe.Salah satunye pasal hukum berinai.dan lagi ,hukum bersanding. Oh ya, majlis aku nanti no sanding2. So tak payah aku nk risau kaki aku kebas2 dan senyum2 malu apabila di tonton rakyat.ye la, kate Raja sehari. Lagipun tu cuma adat. Kalau tak buat , tak batal pun perkahwinan aku. ha ha ha. Raja sehari ye? Aku Raja yang berjiwa rakyat. So aku akan turun menemui rakyat jelata. Kalau nak aku hidang untuk rakyat2 aku pun boleh.ha ha. Aku dah mula melalut. Kembali ke dunia nyata along. baiklah baik lah.

Kepada bakal suamiku, hati aku memang untuk mu. terima kasih kerana memilih aku menjadi suri mu. aw aw.Masa mula2 dia kenal aku, masa dia nk kawan dgn aku, dia telefon abah aku! kata nk kawan dgn aku. bila Family aku blk bercuti kt Semenanjung, terus dia usul kan nak bertunang dengan aku.sweet tak Amirul Asyraf? haha. Awak, jangan terlebih kembang hidung tu ye. Saye cocok degnan pensel kang. Ha ha ha. oklah itu sahaja ceritera aku jam  ini. Adios Amigos Asparagos.Wasalam. :)







Kisah Cinta Lama- kisah cinta dunia maya.

Menceritakan kembali kisah cinta aku sebelum aku bertemu dengan tunang aku memang betul lah tidak seronok. Selain aku rasa cerita cinta itu hanya main2 belaka, kisah itu juga sia-sia. Cinta monyet, cinta biawak, cinta tokek dan cinta tungau. walau pun cinta yang entahapapa bg aku, still bole d jadikan pengalaman kan. Ya ya, aku tahu, tak seronok jadi aku tak patut kongsi?Tak lah, perkongsian ini semata2 untuk hikayat aku.

Cinta aku semua pun dr Internet.. Ye la, dulu aku seorang chatter tegar. Pernah satu tu aku macam-hebat-la di dunia chat. Dari Perlis 1 ke Sabah 6 aku join. tapi dalam2 byk rum tu ada jugak yang aku tak pernah singgah sebab cetez yang berlagak.ade aku heran?.Dulu orang kenal la aku. sekarang tak siapa kenal.orang kenal aku as Fara sarawak. Dalam room 24/7 kot. crack Id, boot cetez2 hampeh, bercinta dengan dak2 YM. memang lah aku tak berapa percaya dengan cinta YM ni. tapi tak la semua.Ada je kawan aku yang kawen sama chatter yang bahagia je beranak2. tapi kebanyakan nye cinta sementara. Aku tahu lah. Banyak pengalaman lah kate kan. Dengan sorang ni beliau cakap yang ni, dengan sorang ni beliau ckp lain.Eleh, bajet kacak sgt lah tu.. yang keje nye nak membuhung je apatah lagi. Ade yang kate sakit dah nak mampos la. tapi sampai la ni, segar bugar je aku tengok.. Entahapaapa..Tapi, aku tak boleh nak blame pihak entahpapa tu je kan. Mungkin memang beliau ada masalah mental ke jiwaku ke.Tu belum lagi  yang mengaku bujang padahal anak da dua.yang mengaku kaya pun ada.. lawak gaban siot!Chatters sekalian, aku tak kata semua ok.Sorang dua je yang mcm tu.yang sorang dua tu jugak la kena kat aku kan.hampeh..Life is all about the risks and it requires u to jump..

Ada seorng member YM ni bercerita kat aku, pasal beliau putus cinta.Aku tanya, tak nak cari yang baru ke? beliau kate, takut.takut benda same berulang lagi. Aku tanya lagi, tak susahkan nak cari bf/gf sekarang ni? skrg ni sng je nak cri.beliau jawab lagi,takut orang tu tak serasi. aku suruh je beliau cuba dan cuba lagi. Aku kata kat beliau cinta ni bukan nye hanya bila jatuh suke kat orang tu. macam aku sendirik. 1st aku kenal ngn Tunang aku  bukan nye terus2 jatuh cinta.beliau buat aku jadi suka kat beliau.mungkin aku jugak yang buat beliau jd suka kat aku. aku tak caye lah kalo beliau ckp mase mula2 kenal aku dh jatuh cinta.aku bukan bag0s+cantik+hebat hingga sesenang tu orang nak jatuh cinta. suke kat sesorang tu kita perlu ikhlas kan?kita tak perlu tunjuk pun kita cinta beliau separuh mati.kita tak perlu heboh kat sume orang yang kita suka beliau, beliau aku punya,ko jgn usik.tak perlu.or aku jgn kawan ngn dia ni,sbb aku tak suke.kita hanya perlu ikhlas. pada aku kadang2 keikhlasan seseorang tu boleh nampak dengn jelas.kadang2 kita je buat2 tak nampak.menipu diri sendiri la katakan.dan bukan pulak kita tak nampak orang pura2 ikhlas atau tak ikhlas.ade ke manusia bebal mcm tu? Oh ya, kawan aku yang mengadu tadi sudah pun bertunang.Alhamdulillah dah jumpa yg serasi dgn beliau. Hihi.

Kepada yang menipu2 yang dah menjadi darah daging dia tu,sudah sudahlah la menipu.terus terang dan jujur walaupun pahit pahit hempedu.agak2 la nak menipu pun, jgn la menipu sampai pasang awek ramai.apa yang kita dpt dengan menipu macam tu ? boleh rasa puas ke? seronok ke? ade kot seronok, tapi tak seronok lagi byk kan? aku pernah je kena tipu semacam itu.bila kita da percaya orang tu, kita da sayang beliau kaw2, tiba2 kita tahu kita dah kena tipu.rupe2nye orang tu dah ade awek.bukan sorang tapi dua.bukan baru sehari dua kanal tapi da 3 4 tahun.mase tu memang terasa bodoh la kena tipu.dan bile di kenang2 balik mase ni, rasa macam kenapa lah aku pernah percaya beliau ni.bukan apa2 sangat pun oi.so tak payah la menipu.sekali kita menipu selamanya orang tak percaya.lagi pulak, kalau dh menipu sekali tu, bertambah tambah lak jd penipuan tu.sebabnye nak tutup penipuan kita yang pertama tu.Ye kan?peliss la, nak buat apa pun jangan fikir nak menipu tapi ikhlas je lah. Boleh tak aku nak tanya kenapa orang menipu?; ego yg tinggi? , kuasa yg hampir mutlak? , struktur fizikal yg sasa? ,peluang dan ruang yg lbh terbuka? , otak yg licik?Hurmmm.We tell lies when we afraid.Afraid of what others will think,of what will be found about us. but every time we tell a lie, the thing we fear grows stronger.-annys- Kepada yang selalu kena tipu tu bawak bawak kn diri tu terus belah.Jangan jadi bodoh weh.Tak guna buang masa!

Itu di YM. ni cinta di telefon pulak. Masa tu zaman yang ade maxis 100 minit sinngit tu. Berjam jam bergayut. Tak jemu. Tapi selalu suke pulak nak marah2. Boleh belah la kalau suka nak marah2.ingt kita ni apa? memang betul pun aku suruh beliau belah weii. Sentap dengan aku, betul2 beliau blah.He he. itu makananya tak ada jodoh. Eh, what would u do, if every time u fell in love u had to say good-bye? ape yg good dgn bye eh?

Satu lagi aku pelik kat orang yang suka marah2 ni.Suka suka hati beliau nak marah anak dara orang.
memandai je marah.Siap marah kalau kita kawann dengan orang lain. beliau tu, siap pasang 3 4 orang tak apa? B*&$% lah! .Bila kita2 aje bukan main. tapi bila kita call, sms, haram jadu nak reply..apa ke bodoh aku masa tu entah? Bila kita post bnda2 sayang kat FB,MySpace, haram jadu la nak layan.dengan orang lain bukan main pulak bergelak ketawa? Nak sakit kan hati kita ke? Ke nak sakitkan hati sendiri?bila kita dah merajuk, dh buat tak layan, baru la nak carik2, baru nak komen2 kat FB.  Eh, Bingai lah! eh, what would u do if everutime u wanted someone they would never be there?

Serik dengan cinta alam maya, cinta dengan tak berapa nak maya pulak.Tapi kenal dr internet jugak.
. Darr friendster kot.ke mric? dh kenal tu ajak2 jumpa.tapi kalau jumpa tak berdua.mesti kawan baik aku ade teman. tapi orang nye baik sgt. Dengar je ckp aku.  tapi sbb aku rasa aku mcm tak layak selain sbb2 tertentu, aku pun tak jd la nak teruskan kisah cinta2 dengan beliau. Sempat aku jumpa mak ayah beliau.ngn nenek beliau yang comel.Tak sampai dua minggu kitarng bye2 beliau pun kawen.Sekarang dah ada anak comel dh pun.Alhamdulillah sgt.

Tak kurang jugak yang memandai kate aku awek beliau.Tahi betol lah. Padahal kat aku kate as adik abang je. Aku pun dh baik anggap mcm tu. Aku masa tu layan sbb aku kesian beliau punya cerita yang dh putus tunang selain penyakit2 yang kronik.tak pasal2 aku kena marah tunang beliau yang sebenarnya tak putus.Susah jugak aku nak explained kat Tunang beliau tu.Nasib baiklah tunang beliau faham pangai laki tu camana.tapi sang lelaki tu tak puas hati pulak kat aku. di reka2 pulak cerita bukan2 nak menjatuh kan aku. takpe, Allah tu maha Adil.hehe.

Dan akhirnya aku berjumpa dengan cinta sejati aku.Pun dari Internet.Lame dh kenal.  Setelah sekian lama kenal-kenal mcm tu je, beliau dtg jumpa aku kat airport;Kisah nye di sini. <--sila klik.  Kenapa aku sgt yakin dengan beliau? Sebab beliau baik, hormat aku, tak mebuhung aku, beliau akan bg tahu aku apa beliau buat. dalam sebulan dua kita rapat beliau telefon abah aku mintak kebenaran nak berkawan dengan aku yang mana aku rasa tak ramai lelaki berani buat macam ni.Tak lama selepas itu ajak aku bertunang.yang part bertunang nilah aku yakin sgt. Sbb ni lah kita nmpak org tu serius ke tak dgn kita. nak bertunang tu sah2 dia nak ikat kita. . Ade pulak tu selepas aku bertunang ade yg suruh aku kata kat tunang aku terima kasih sebab dah jaga aku dengan baik.porahh.. Tentu2 lah jaga aku dengan baik, sebab tu Tunang aku.Awak tu, jagalah kekasih awak tu baik2. Ahakz! Aku sangat senang dengan bakal teman sehidup aku ni. Kenapa?sebab beliau tak demand.beliau tak bersosial sgt mcm aku which is aku suka.tak lepak2 tak tentu hala. tak berkawan sgt dengan perempuan2 lain yang mana aku tak pernah nak larang pun, kalau beliau marah beliau cpt cool, beliau suke pujuk aku, beliau hormat adik beradik aku, beliau ngegeh yang suka buat aku gelak2, beliau tak carut2 dpn aku, tak pernah maki maki aku, beliau tak smoke dpn aku, beliau tak makan duit perempuan.bukan aku nak puji lebih2 sbb beliau Tunang aku, tapi dh memang kenyataan.hahaha. Lagi aku nak tambah, beliau akan cuba suka apa yang aku suka, contohnya mkan tongkeng ayam.. beliau baca novel yang aku baca, beliau minat2 buku2 agama sama mcm aku,beliau selalu support aku. he he. Aku tak akan jumpa lelaki lain yang semacam ini. Jadi aku berterima kasih kat Allah sebab temukan kan aku lelaki ini. satu-satunya lelaki yg boleh buat aku angau overbroad.Intoxicatedly overdose.Beliau adalah Amirul Asyraf bin Talip. Seems like somebody from the other side of the world took all the trouble to make u happy.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wa Cinta lu hokeh!