-->

Saturday, July 30, 2011

Tips untuk habiskan satu juzuk sehari.

Salam 'Alaik.
"Ainun, jom lawan sape dapat habiskan baca Quran bulan puasa ni?"teragak-agak aku nak lepaskan ayat nih.Bersebab.
"Hah?" Ainun buat muka pelik.Mesti Ainun fikir tak pernah dibuat Along nih ajak lawan baca Quran?Untuk tujuh minit ke lapan minit Ainun tak sambung ayat selapas "Hah?" dia tu.Aku dah rasa macam, Ala..
"Ok, jom," Masih bermuka pelik.
"Lambatnya respon?"Giliran aku buat muka pelik.
"Tak, aku berfikir jap td,Jomlah lawan" ngeeee.Bagus Ainun nih.
Antara dialog aku dgn adik aku Ainun seminggu lepas.Sejujurnya, bukan hasad aku nak lawan baca Quran sape cepat habis dia menang, siapa lambat dia kalah.Bukan.Cuma aku silu sipu sipu.Aku ni dah lah jarang baca Quran.Semenjak dah besar. Semenjak rasa dh pandai sgt baca Quran(padahal tak), Semenjak bermenjak-menjak ni lah. Memang tak selalu. So, kalau aku ajak adik aku tu lawan baca Quran, nanti tak lah dia pelik kalau tiba2 terdengar aku baca Quran ke, ape ke..Sebab aku ne jenis bila org tegur aku buat sesuatu tu, aku tak buat dah.Egois gila aku ni kan?Padahal, niat aku nak habiskan 30 juzuk tu untuk diri aku sendiri .Diri aku yang selalu sia-sia kan pahala free yang Allah nak bagi.Yang tak pernah menyusahkan kita pun, malah ganjaran berlipat-lipat.Kalau rasa nak topup pahala tu, boleh je buka Al-Quran dan baca.Tp xpe lah, Allah is All-Knowing, All-Aware maksud aku. Oh ya, tadi terjumpa tips untuk habiskan satu juzuk sehari. Rasa bersalah kalau tak di kongsi. Selamat beramal dan Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Tips untuk habiskan satu juzuk sehari.
1 juzuk = lebih kurang 10 helai.
Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita.
Bermaksud, 1 solat = 2 helai bacaan.
Kemudian selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan 2 helai bacaan.
Jika terlepas bagi mana-mana solat [cth: mugkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat]
Bijaklah agih agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal[Asar, Maghrib, atau Isyak]
Jika masih berbaki, pastikan kita habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur.
Dan, pastinya kita perlu mulakan dengan HARI INI agar tidak terasa berat ketika Ramadhan sudah tiba nanti.
Semoga azam untuk kita habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!!
Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:
1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb
1 hizb = 4 rubu'
1 juzuk = 8 rubu'

"Ramadhan...bermulanya suatu perubahan"
[Shahidan Shaarani]
Unit Media Semarak Ramadhan 1432H
IKRAM Johor




ber Onani?

Hukum onani

Salam 'Alaik.

Ini terjemah secara lengkap fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenai hukum onani dari bukunya al-Halal Wal Haram Fil Islam, hal. 161.

Semoga terjemahan ini bermanfaat untuk semua.

Hukum onani

Adakalanya darah seorang pemuda itu bergelora, lalu dia menggunakan tangannya mengeluarkan mani untuk meredakan ketegangan dan menenangkan gelora syahwatnya. Cara begini dikenali sebagai `al-`adah al-sirriyah’ (onani/istimna’).

Onani diharamkan oleh kebanyakan ulamak. Imam Malik menggunakan dalil dari firman Allah Taala:


"Dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka kecuali terhadap isterinya tau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa berkehendak selain dari yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu’minun: 5- 7). Kerana orang yang beronani adalah melepaskan syahwat bukan pada tempatnya.

Manakala Imam Ahmad bin Hanbal pula berpendapat, bahawa mani adalah satu benda lebihan dari tubuh badan. Oleh itu ia boleh dikeluarkan seperti memotong daging lebih. Pendapat ini disokong dan diperkuatkan oleh Ibnu Hazmin. Fuqahak Hanbali mensyaratkan pengharusan onani dengan dua perkara:

1 . Khuatir akan melakukan zina
2 . Tidak mampu berkahwin

Kita dapat mengambil pendapat imam Ahmad ini dalam keadaan gelora syahwat memuncak dan dikhuatiri akan jatuh ke dalam perkara yang haram. Contohnya, seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di luar yang jauh dari negaranya, di mana di sekelilingnya terdapat pengaruh-pengaruh yang terlalu kuat dan dia takut akan melakukan zina. Oleh itu dia tidak berdosa menggunakan cara onani untuk memadamkan dan meredakan gelora syahwatnya dan supaya tidak menjadi melampaui batas dan gelora syahwatnya menjadi ulat.

Namun apa yang terbaik ialah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu hendaklah dia memperbanyakkan puasa, di mana puasa itu dapat mendidik keinginan, mengajar kesabaran dan menguatkan taqwa serta muraqabah kepada Allah Taala di dalam diri seorang muslim. Sabdanya:


"Wahai sekelian pemuda! Barangsiapa di antara kamu mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, keran ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa yang tidak berkemampuan, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginya merupakan pelindung." (HR Bukari)



Sumber : Koleksi Artikel myMasjid

Tuesday, July 26, 2011

Sindir-sindir sayang ye..



Sindir-sindir sayang
(Koleksi Artikel myMasjid ..)

Masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa (
tak pernah lagi naik bas, naik keretapi pernah, tp bkn berdua, berempat!)
jalan tengah panas pun takpa (
jalan tengah panas , kau tak boleh buka mata kan?)
sampai melecet ketiak jadinya (
tak pernah di buat lagi melecet ketiak)
semua suka tiada duka (
yeke? :p)

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka (
cendol tapai pak akob mmg sedap!)
walaupun sebenarnya tak berapa suka (
mkn sekali terus suka kot)
petai yg engkau suka,(
ni mmg aku tak suka, walau kau suka)
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata ( betul la tu, kalau aku telan, maunye tak terjegil bijik mata)
kita sama-sama ketawa( kau seorang yg ketawa kot :p)

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga (
tongkeng yang aku makan jadi kegemaran kau juga)
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya ( betol tak pernah makan tongkeng sebelum ni kan?)

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape (
hahahaha.memang aku tak pernah buat baju biru tudung merah.hahaha)
tudung aku senget kau kata takpe(
bkn kau kate comel ke?)
gigi kena lipstik aku tak kisah juga (
tak pakai pun lipstick)
aku tetap cantik jelita (
kan?)

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape, ( t
ak pernah tahu kau pakai tali pinggang ke tak)
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape, (
pun tak pernah teropong sampai ketiak)
Lupa cukur misai pun tak ape, (
misai yg hidup segan mati tak mahu tu ke?)
Kau kata aku tetap handsome seadanya. (
haruslah aku puji)

baru kahwin,(
belom masuk fasa ni lagi, tp xpe, jwb yg termampu.haha)
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa (
ok2)

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa (
aku tak akan makan petai ok)

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk
aku saja (
hari2 tiga empat pinggan goreng tongkeng untuk aku sahaja ok)

bila anak dua (
ni tahun bila entah?)
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka (
dh mmg tak suka petai semenjak azali)
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya (
haaa, sebab tu aku tak suka petai)
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja(
nanti kalau makan petai, nak kencing sila tumpang bilik air org sebelah ok)

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje (
nak tongkeng aje,boleh?)
sampai kau jemu menggoreng jadinya (
kau jemu, aku goreng la sendiri.ape ssh?)
mulalah komplen aku anak jawa (
suka tempe org jawa, suka tongkeng org??)
sendawa pun bau tempe aje, (
mcm mana kalau sendawa bau tongkeng?agak2 bau taik ayam x?hahahahha)
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.(
kau pandai masak tak?)

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?... (
aku suka kau sampai bila-bila)


p/s : lalalalalala.maaf lah kepada penulis sajak-ke-gurindam-aku-tatau.Maaflah aku menyampok.sesaje for fun.Lalalala.






Monday, July 25, 2011

15 ‘anu’ dikebumi tanpa nesan

KUALA LUMPUR: Umpama benci tapi sayang, segelintir mak nyah yang ‘membuang’ alat sulit bagi mencapai impian menjadi wanita tidak rela alat sulit mereka terbiar begitu saja, sebaliknya meminta diuruskan dengan cara terhormat.Seperti jenazah yang disemadikan di tanah perkuburan, begitulah ‘perjalanan terakhir’ alat sulit golongan berkenaan yang dibuang menerusi pembedahan penukaran jantina.Mendedahkan perkara itu, bekas presiden Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan, Mimi Zarina, 62, berkata sehingga hari ini ada sekurang-kurangnya 15 pusara ‘anu’ tanpa batu nesan di tanah perkuburan sekitar ibu kota, Mimi mengakui semua alat sulit itu diserahkan kepadanya dari 1980-an hinggalah yang terbaru tahun lalu untuk diuruskan.“Daripada dipotong dan dibuang tak tentu hala, biarlah ia (alat sulit yang dibuang itu) diuruskan dengan cara elok. Saya secara sukarela membantu menguruskannya.

“Bagi yang mengenali saya, mereka menyerahkan alat sulit untuk diuruskan. Hakikatnya, mak nyah yang mempunyai impian menjadi wanita sejati dengan melakukan pembedahan penukaran jantina tidak ambil kisah dengan alat sulit yang ‘dipotong’.“Namun tidak semua begitu kerana ada juga yang sedar ia perlu diuruskan dengan cara yang elok,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini.Menurut Mimi, 15 alat sulit yang diterima untuk diuruskan itu siap ‘dibungkus’ di dalam botol mengandungi cecair kimia dan dibaluti dengan beg plastik khas.
“Bungkusan itu bukan dibuat sendiri, sebaliknya disediakan oleh doktor di hospital tempat melakukan pembedahan. Saya hanya menerima dan menguruskannya dengan bantuan seorang ‘Pak Sheikh’.“Seperti menguruskan jenazah, bungkusan berkenaan ditalkin dan dikebumikan. Semua 15 alat sulit itu ditanam di tanah perkuburan berbeza sekitar Kuala Lumpur,” katanya.Ketika ditanya milik siapa semua alat sulit itu, Mimi enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.Bagaimanapun, Mimi berkata, 15 alat sulit itu hanya sebilangan kecil milik mak nyah yang melakukan pembedahan penukaran jantina kerana dia yakin ramai lagi membuang saja.“Yang mahu alat sulit disempurnakan dengan cara elok, mereka berjumpa saya, manakala yang tidak ambil kisah tinggalkan saja di hospital tempat mereka melakukan pembedahan atau buang ikut suka.“Sudahnya, ada yang datang berjumpa saya meminta tolong kerana ‘anunya’ datang dalam mimpi dan mengganggu tidur setiap malam,” katanya yang terkenal dan dihormati di kalangan mak nyah, malah menjadi tempat rujukan golongan berkenaan.

Mimi mengakui tidak bersetuju dengan tindakan mak nyah melakukan pembedahan menukar jantina kerana kesan jangka panjang yang diterima bakal menyeksa diri.“Baru-baru ini, tiga mak nyah yang mahu menukar jantina meminta pendapat saya. Saya beri mereka ‘syarahan’, termasuk kesan buruk akibat perbuatan itu.“Mereka yang tergamak menjalani pembedahan itu kerana terikut-ikut dan kadangkala melakukannya demi teman lelaki,” katanya.Mimi berkata, ada beberapa mak nyah yang melakukan pembedahan berjumpanya semula selepas beberapa tahun.“Ada yang mengadu sakit di kemaluan, malah ada yang bernanah. Tidak kurang bercakap seperti orang gila dan ada juga menyatakan hasrat membunuh diri.“Semua itu berlaku kerana kesan buang kemaluan. Lelaki tetap lelaki dan apabila melakukan pembedahan seperti itu ia bukan saja berisiko didatangi penyakit, tetapi pada masa sama psikologi terganggu,” katanya.
Mimi turut mendedahkan ada mak nyah menukar jantina yang terlepas berkahwin dengan lelaki satu ketika dulu, namun berpisah selepas diketahui keluarga.“Paling menyedihkan, ada yang berhijrah ke luar negara, apabila pulang tidak tahu berselawat dan al-Fatihah. Memilukan bila usianya bukan lagi muda,” katanya.
Sumber dari : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/15__8216_anu__8217_dikebumitanpanesan/Article

Ya Tuhan..Macam ni pun ade ke?

  1. "Seperti menguruskan jenazah, bungkusan berkenaan ditalkin dan dikebumikan". Ditalkinkan?
  2. "15 alat sulit yang diterima untuk diuruskan itu siap ‘dibungkus’ di dalam botol mengandungi cecair kimia dan dibaluti dengan beg plastik khas". Dibotolkan.
  3. "Ada yang datang berjumpa saya meminta tolong kerana ‘anunya’ datang dalam mimpi dan mengganggu tidur setiap malam" Tak boleh nak bayangkan.
  4. “Paling menyedihkan, ada yang berhijrah ke luar negara, apabila pulang tidak tahu berselawat dan al-Fatihah. Memilukan bila usianya bukan lagi muda" Mintak jauhlah terjadi kat org2 yang aku kenali.



P/s : Tibe2 terasa nak tengok cerita anu dalam botol.

Sunday, July 24, 2011

Wajah Baru

Salam 'Alaik.

Tadaaaa. Blog aku sudah berwajah baru.

Alasan berwajah baru sebab aku rasa blog aku yang lepas mcm kanak-kanak riang.

Aku pulak baru tersedar aku sudah 25 tahun.

Oleh kerana itu, blog aku patut berevolsi supaya tak nampak kanak-kanak riang.

Itu sahaja. Daaa.





life is beauty :)




Thursday, July 14, 2011

BERSIH tak kotor.

Salam & Greetings to All..



Lame tak menulis.Kali ni entry ni tepat2 pasal isu BERSIH baru2 ni.Kenapa aku pilih nak menulis psl ni ini?Sebab ni kawasanfarahyangpunya.Tak suke nk baca, sila lah pergi dgn cara paling berhemah dgn terus menekan x di sebelah kanan tu ok?(tak perlu caci2 plus carut2) Al-kisah.. Td tgh dok belek2 bulu kucen mase bg mkn tibe2 aku teringat dialog member aku yg lebih tak kurang mcm ni,"Habis tu kenapa diorg sokong?".."Sebab diorg bodoh" .laju je kate2 tu mati d situ.dgn aku2 sekali mati.


Eh,bodoh kah aku?sbb aku sokong 101% BERSIH tu.Aku tunggu lagi kata2 yg seterusnya.Tapi semua gaya diam.Mulutku yg separuh terbukak ingin pulak nak menyampok.

Tak, cuma nak bertanya aku termasuk sekali jugak ke?

Tp hati aku dgn laju menepis lalu menanduk membantah bisikan ala setan yg di rejam itu yg menghasut aku suruh jwb je kata2 kawan ku itu."Tak perlu di jwb, nnt jadi hal lain pulak" berbisik2 pulak hati aku nih. Ye lah, lgi pun hari tu hari aku dan BFFs.Kesian aku yg dh lame sgt x melepak ngn bffs aku.lagi2 bff yg dh 7 tahun tak jumpa!
Mmg aku simpan hari tu utk bersuka ria ala kanak2 baru masuk form 1.
(pdhl dlm hati aku nervous nk gila bila org tu tak update2 ape berlaku kt perhimpunan BERSIH tu. )Patut lah tak update kt aku, ade cerita di sebalik kejadian rupanya.
Eh, tp aku tak terasa ape2 pon kwn aku ckp mcm tu.Alah bisa tegal biasa.

Oh ya, dialog tu bermula bila bukak nye al-kisah pasal Ambiga tu.
Ya ya ya, seperti yg semua org tahu, Ambiga tu peguam Lina Joy yg mohon keluar Islam a.k.a Murtad. Kononnye, memberi alasan tak suke / anti-BERSIH sebab di ketuai oleh Ambiga yg mng dalam kes murtad. Pada hemat aku, tak ada kaitan kot.


Ok aku cube menerima pendapat mereka itu. Tp tak aku telan teros2, bulat-bulat, sebijik sebijik.Lagipun aku da telan mcm2 smpi kembong perot.
Cube lah tolong faham ape tujuan BERSIH.Nk undi kite dilakukan secara adil dan BERSIH.(google la sndiri ape matlamat BERSIH,takkan semua nak kena suap kot?)Bodoh kah aku kalau aku bersetuju dengan tuntutan BERSIH ini.

Mmg aku kesal beb pasal isu murtad tu. Sedih sgt.
Tp nak salah kan siapa?Siapa yg buat perlembagaan yg mana umur selepas 18 tahun boleh memilih agamanya?Siapa? Cetek2 aku dalam bidang perlembagaan negara ni, aku tahu jugak la siket2 dr pembacaan yg kerap.Ambiga tu pengamal undang2.Dalam perlembagaan negara telah dinyatalan dgn jelas - terpulang kepada sesiapa saja warga negara Malayasia yg telah mencapai umur 18 tahun untuk memilih agama masing2 ( seperti kes lina joy )
Dan lebih malang lagi.Dalam artikel terakhir perlembagaan negara termatri perkataan " Selepas ini tiada satu pun undang2 pun yg boleh mengatasi perlembagaan negara malaysia yg merdeka lagi berdaulat " - apa maksud...?? maksudnya tiada satu pun undang termasuk undang2 islam yg boleh mengatasi undang serta perlembagaan negara malaysia.
Jadi nak salahkan Ambiga yg berpegang dgn perisip ilmu dia atau nak salahkan pemimpin kita yg setuju menandatangini perlembagaan negara yg menyempitkan kuasa makamah syariah...?? Lina Joy cume gune jln yg betol(cara yg betol.aku tak kata murtad tu betul.sila faham ayat ini betol2) utk tukar agama dia dgn gune perlembagaan yg kite bangga2 kn tu kan?
Habis tu, org yg kita tak tahu dh murtad tu ade berapa ramai lagi?
Nape kite suke salah kn org lain?
Ape pulak sumbangan kite terhadap org2 yg nak ke arah murtad? Pernah kah kite berdakwah kpd mereka? Pernah kah kita mendekati mereka?
Paling2 pon berapa kali kita pernah berdoa utk saudara seislam kita supaya kuat iman hingga tak terpesong akidahnye?Lagi2 kite nk salahkan org lain.
Salah kan bangsa lain tketawa kn kita bila kita sesama melayu gadoh.Haa..padahal ntah2 bangsa lain tu tak ketawa, tapi bangsa sendiri yg ketawa kan?
Kalau pun tak ketawa, tapi tengok tak bantu apa2 kan?Ye lah, dah sendiri tak nak bantu bangsa sendiri smpi perlu di campur tgn org bkn bangsa malaysia kita nih?

Menyembang pula seorg kawan ni, dh habis2 debat, hujah terakhir nye balik kpd sbb Ambiga dia jd tak menyokong BERSIH.punya lah hebat berbahas, last2 bila hujah dia sbb Ambiga aku jadi mcm -_-! .Oh ok xpe, kau ajak aku sembang je rupenye.Sbb bg aku Ambiga itu bkn alasan utama nk tolak BERSIH.Eh tuntutan murni BERSIH tu perlu di tolak ke? Oh ya, berkata pula kawan, gune lah cara yg betol.Bkn di jalanan.Nk gune cara yg betol mcm mana?
Media+Pilihanraya semua pun d control oleh pihak yg terutama itu. haaa, betollah dh ni gune media internet, tapi maki hamun caci hina pulak di lempar.

Perlukah keluar bodoh, si*l,anjeng bagai.

Berbunyi pulak yang lain konon, yang tak pergi berhimpun + sekadar mendengar cerita dan memerhati yang berlebih lebih.Tak salah nak bercerita dari pengalaman orang lain.Tak kan perlu ada kat sana baru boleh mengutara ape ape.Contoh la eh, kite tak pulak berada di zaman Rasullah + Sahabatnye, still kite boleh bercerita dr pengalam baginda. Tak salah memberi pendapat, asalkn tak ade unsur fitnah & hina menghina.

Bising pulasi kawan apabila rugi itu lah rugi ini lah, ssh nak guna jalan lah. Itulah, kalau bg kerjasama tak ttp jalan tak sembur2 tak men tembak tembak air, tak menjadi masalah.org bawak matlamat aman tak nak bagi peluang langsung. Mase perarakan yg slalu buat kt jalan2 tu yg mkn ribu2 org jugak tak jadi ape pon. Untung lipat kali ganda ada kot.(nak berhimpun kena nek kenderaan pengankutan awam, kereta sndiri,tu ha kapal terbang)pulak tu msti ade yg nk mkn, plg2 pon minum la, bg yg tggl jauh, yg dok hotel, tak ke byk untung tuh?Kan ELOK kalau bg je org himpun dgn aman?nak sekat2 kenape?)
Ini aku kira ikut logik akal aku je ar.

Sabar subur, tak sabar masuk kubur. kate pelawak2 negara kita.
Org yang tak suke terima pendapat org lain tidak lah layak memberi pendapat.
Bagi lah pendapat ape pon, tak siapa nak kate salah, name pun pendapat.
Tp belajar terima pendapat org lain dgn cara paling berhemah iaitu mnjwb dgn perkataan paling bagus bkn perli memerli, caci mencaci.
Benda yg boleh di ajak berbincang, bawak-bawaklah berbincang.
Tapi sambil-sambil berbincang, renung-renungkan.Jgn pulak di sia2 kan.







Peace world.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wa Cinta lu hokeh!