-->

Monday, October 31, 2011

Aku yang menonton The Master lalu tersebak. Kenapa? Padahal Magic je kot.

                Haaaa.Panjang tak tajuk entri aku.kagum tak? mestilah tak.hadooo.Dua malam lepas pukul tiga ke empat pagi aku tak boleh nak tidur.Aku pun keluar dari bilik tidur merayau² mencari Harian Metro yang belum aku baca. Ada la dalam dua ke tiga naskah aku baca, tak jugak mengantuk.Lalu aku berhajat jahat untuk menelipon encik Tunang yang dah lena tidur sejak berjam yang lalu.Percubaan pertama tak bersahut,lalu ke percubaan kedua.Tidak jugak di layan.No hal la.Lagipun Encik Tunang kena bangun awal pergi kerja.Patutnya aku support dia tidur, bukan kejutkan.Hikhik.Apetah support, ingat boleh di buat ke gaya pom² girl melompat² suruh tidur.Dengan keputusan yang muktamad , aku pun tengok la TV. Oh, ada The Master. Lama tak layan rancanagn magic mencari bintang tanpa mantera ni,aku pun buat-buat la layan dengan harapan tertidur. tapi ada ke orang tertidur tengok magic?Hampeh..Teruja aku tengok Deddy Corbuzier yg berlagak & Romy Rafael yang kacak itu. Rancagan hari tu aku agak cuma ujibakat kot.Sebab da last² pun aku tengok. Dan last sekali tu ada Pak cik tua yg uji bakat. Umur pun da 60+. Tengok props gaya dia agak kasihan la jugak.Mula² tu aku pikir gak. Amende la orang tua ni buat? Gaya dia dah la lawak.Selow pulak tu.Magic dia pun magic ala² tradisional.Mula² keluar rebit,pastu anak ayam, burung pipit, last² keluar ular lidi yang haluih tu.Yang comel nye sebelum dia keluarkan menatang tu dia baca mentera ke hapetah tapi mcm lagu kanak² je.Last sekali dia makan kertas,Pastu dia tarik reben panjang² dari mulut dia.Panjangggggg woo. rasa macam seploh minit aku tunggu dia habis kan reben dalam mulut dia tu. Tapi, habis je reben tu keluar gillette pulak brsambung² je gillette tu.macam mane tah dia buat?
                  Kenapa aku sebak?Haaa. Juri tu la..Master Joe Sandy. Dia yang nangis dulu. Aku ni pantang nampak org sebak² ni. Macam menguap la. Aku kalau org tu jauh sekilometer dari aku sekali pun, aku nampak dia menguap, sah aku terikut sama.Berjangkit! Kenapa Joe Sandy tu sebak? Sebab dia teringat zaman kecik² dia laaa.dulu masa kecik balik dari sekolah dia selalu tengok magic² yang semacam itu laaa. Sampai la dia da jadi Master sekarang pun dia masih ingat. Sebab tu yang jadi inspirasi dia. Biasa la, bila teringat zaman kesusahan mak ayah dia masa kecik² mula la nak sedih² kan.Yang aku tak tahan rasa nak nangis tu kan,Master Deddy Corbuzier tu kata kat Pak Cik tua tu, dia punya magic tak menarik langsung dan dia tak layak untuk mengikuti rancangan tu.Macam² lagi dia mcm kutuk tapi pak cik tua tu sengih je. Tengok muka dia sengih tu aku pulak sedih-sedihan. Aku yang baring² menonton jadi terduduk atas kerusi kotak betul² depan tv.Mencangkung aku tanpa sedar.Tapi rupa² nya bkn kutuk free². Pak Cik tua tu selepas itu dia org otaikan dgn bg gelaran The Master magic Tradisional ke hapetah.Pakcik Tua tu masih je sengih kerang dia.Dia pun di peluk² dan di bg penghargaan.Yang lawak nye masa dia simpan ular ke dalam beg kotak, kepala rebit tu tersepit.Meronta-ronta punggung rebit tu.Comel sgt rope punggung nye.Tapi pakcik tu tak perasan rebit dia tersepit.Selepas aku kata, haihhh rebittttttttttttt! dia pun perasan.Sekian cerita aku. Ntahpape cerita aku ni.Tapi aku memang cepat sebak. hailaaaaa.


Ps: Encik Tunang selalu kata aku cepat terpengaruh dengan TV.Ye ke?

Thursday, October 27, 2011

Kempen Tingkatkan Jumlah Followers.



Jom join segmen ni sambil tambah kenalan c^^)
Klik banner utk join hkey (^^.

Friday, October 14, 2011

SubhanAllah.Cantik sangat.



Takde yang lebih indah & cantik selain dari ini ok.
Seumur hidup aku, view ini yg paling cantik yang aku pernah tengok. 
Berulang2 kali ucap SubhanAllah tanpa rasa mahu berhenti mengkagumi.
Terkagum sampai terharu tersebak dah ni.
Walau tak pernah jejak, tapi dah rasa rindu.
 Satu hari nanti aku pasti akan ke rumah Illahi.
Itu janji aku. 

Tuesday, October 4, 2011

Sajak Abah untuk Along. :)


Benar kata Malique & Najwa.

Senyum tak perlu kata apa-apa!



Gagal Tak Selamanya,


Kehadapan Aainaa Ainun.



Kehadapan Aainaa & Ainun ,

Adikku Ainun yang sedang menduduki PMR.Aku doakan semoga dapat menjawab soalan dengan tenang.Aku tau ko boleh.Ko da belajar habis-habisan kan?Sampaikan makan pun dalam bilik kan..Hampeh.Aku nampak kesungguhan ko.Ah, ko jgn risau okey? Sbb apa aku kata jgn risau, sebab aku tau ko tu menangis, ko tu cpt cuak. Ko dah berusaha lebih dari sepatutnya, tinggal tawakal je.Allah pasti tolong kau punye.

Adikku Aainaa yang bakal SPM.Ko dah ready tak? Aku tau ko mmg dah ready sejak sebelum ko tadika lagi.Ngehngeh.Ko mmg la harapan sejak azali lagi. Tadika2 pun da dpt no 1. Sbb apa tadika2, sbb kau 2 kali tadika.Ha ha. Eleh! Aku yakin dgn korang berdua. Macam aku yakin dgn Izzah & Ainin. Sungguh berjaya diaorg tu kan? 4 flat dlm tgn.Oh Ainan jugak, baru sudah UPSR, yakin dapat 5A . kan kan. 

Aku tahu aku lansung tak boleh jadi contoh korang.Jangan risau , aku tak suruh kauo rang ikut jejak aku. Aku menentang keras kalau sesapa ikut mcm aku. Cukup2 lah aku sorg yg tak berapa nak berjaya.PMR & SPM aku kantoi. Produk tak jadi kata abah. Harap sekolah je hebat, sekolah cemerlang. Tu pun sebab UPSR 5A. Terlebih yakin kot, sbb aku semakin merosot semakin merosot. Semakin sedih mak abah kerana aku.Aku tahu. Tapi korang tak akan buat macam aku buat kan?Yes! Itu pun aku tau. Malas-malas aku belajar ade jugak Degree. Hehe.. Papejelakan.

Seperti korang selalu perli-perli aku yang tak berapa nak berjaya dari korang, aku pun kutuk jugak diri aku. Menyesal? Memang lah menyesal.Masa sekolah dulu kuat main ooo. Prep ptg, tidur. takde nye nak study. Bawak kepala sendiri. Tak macam geng2 aku semua nya belajar rajin. Apetah aku nih? Syaitannirojim byk dlm kepala kut. Tapi aku nak bgtau satu rahsia kerajaan aku, aku sebenarnya tak minat dgn sains. Sepala Kepala dan otak aku kata tak suka. Minat aku lebih kepada art kot.Benda2 yang tak perlu sakit kan otak aku nak mengingat formula itu ini.Mungkin aku sepatutnya sekolah2 khas, yang buat bakul ke, tikar ke? Ha ha. Ade ke? Dulu aku kira aku mcm pemberontak tanpa senapang. Memeberontak dgn menggunakan kemalasan. Malas itu lah kepakaran aku.Kepakaran ok, bkn kebanggaan.Phuiii!

         Korang ikutlah jejak Izzah dan Ainin.Dua-dua pun cemerlang. Lagi-lagi Ainin , bila belajar, satu benda lain pun tak di hirau kan? Berkat tak hirau itu dan ini, Straight A's pulak SPM dia kan? Apa pun selain usaha korang, semua tu berkat doa org sekeliling, Abah, Ummi, guru2, saudara mara,kawan2.Nanti dah berjaya jgn lupa berterima kasih kat org2 yang mendokan korang tu, ok?

Walapaun aku tak membatu korang masa study,malah mengganggu korang seperti hasut hasutan tonton tv (terutama Aainaa), ajak bersembang dan mkn2 ( terutama Ainun), ajak gadoh (terutama Ainan) tapi aku doa kan korang selalu adik adikku. Aku sgt2 gembira bila korang berjaya. Lebih gembira dari korg sendiri. Ha ha ha. Ok, Bye.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wa Cinta lu hokeh!