-->

Friday, September 30, 2011

Bukan berpolitik.

 Salam & Greetings to all . :)
Hari tu masa aku leka kat FB ada seorang hamba Allah upload video pasal hukum hudud, Aku pun like je la sebab dah mmg aku like video tu.Sedang seronok aku menonton, keseronokkan aku terbantut oleh komen seorang hamba Allah yg bg aku komen beliau itu tak bernas.Sbb tak bernas aku pun balas komen beliau tu.Mungkin dia pun menganggap aku tak bernas tapi lantak beliau lah. 



Masa datang ke dunia,Allah bagi cukup spy dapat di guna dgn sebaik2nya. Kalau kita amanah dgn pinjaman Allah itu, kita tak buat laranganNya. jadi xde la kena hukum hudud.Hukum hudud hukuman Allah bro.



Tak ley blah bila dia tanya, dah kenal Tuhan ke,dah bincang dengan Tuhan ke..




"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali rotan dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. ” [An-Nur : 02 ]
Benda dh mmg ada dlm Quran, mana dtg nya hukum yahudi pulak? Pada zaman Rasulullah S.A.W. hukum hudud dilaksanakan sebagai sebahagian kecil dalam syariah. siapa kata tak ada? Ya Allah mmg maha pengampun, maha penyayang. Masa org buat dosa dia sedar tak yg Allah tu maha penyayang pengampun? Kalau dia sedar. dia tahu yang Allahjuga maha melihat, jadi dgn kesedaran itu dia tak buat bnda2 Allah larang bro.Benda hukum Allah jgn di politikan bro. Mungkin belum sesuai dilaksanakan d negara kita, tp tak perlu nak kata bnda2 itu dtg dr ulamak2 politik sdgkan bnda itu nyata dalam Quran.Wallahualam.


Dan kepada beliau yang mendakwa zaman Rasulullah tak ada hudud  ;
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Omar r.a katanya: Sesungguhnya pernah suatu ketika dua orang Yahudi lelaki dan perempuan yang berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berangkat menemui orang-orang Yahudi lalu bertanya: Apakah hukuman ke atas orang yang melakukan zina sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Taurat? Mereka menjawab: Kami akan mencontengkan muka mereka dengan warna hitam, dan menaikkannya di atas kenderaan dalam keadaan beririgan, kemudian kami membawa mereka mengelilingi jalan. Selanjutnya baginda berkata: Datangkanlah kitab Taurat itu sekiranya kamu berlaku jujur. Kemudian mereka mengambil kitab Taurat dan membacanya. Ketika bacaan mereka sampai pada ayat rejam, tiba-tiba dia meletakkan tangannya di atas ayat tersebut dan dia hanya membaca ayat yang sebelum dan selepasnya. Abdullah bin Salam yang turut bersama Rasulullah s.a.w pada waktu itu berkata kepada beliau: Perintahkanlah dia supaya mengangkat tangannya. Pemuda tadi lalu mengangkat tangannya. Dan ternyata ayat yang ditutupinya itu ialah ayat rejam. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kedua orang yang berzina tadi dihukum rejam. Lalu hukuman itupun dilaksanakan. Abdullah bin Omar berkata lagi: Aku adalah termasuk daripada mereka yang ikut merejam mereka. Dan aku melihat lelaki tersebut berusaha mengelak dari rejaman batu itu.


dari Sumber yang dipercayai. :)


2 tukang komen comel comel belake:

Wanita2u said...

Salam mesra. :) Kak Fash nak ajak lawati www.portalwanita2u.blogspot.com.

Dapatkan juga update di sana setiap masa. Jom suggest this blogshop pada kawan² juga ya. :)

Pelbagai produk kecantikan & kesihatan ada di sana. Recommended products - Sabun Pelangsingan Badan, Sabun Payudara, Herba Dara Semula, Krim Manjakani, Jus Asmaranita, Jus Bidadari, Minuman Super Maxx 5+1. :)


Kini terdapat Promosi Istimewa : Tawaran Hangat : Pakej Bajet Istimewa

naim said...

Salam alaik...

maybe hamba Allah itu pro bn..(pendapat naim. kalau boleh sarankan hamba Allah itu mai ke blog naim dengar beberapa kulah berkisar hudud..

mereka perlu kasih sayang(nasihat)

Naim sertakan beberap link :-

1) http://pemudattbc.blogspot.com/2011/09/ustaz-azhar-idrus-hudud-hak-allah.html

2)http://pemudattbc.blogspot.com/2011/09/takutkan-hudud-lebih-daripada-hantu.html

3)http://pemudattbc.blogspot.com/2011/09/ustaz-azhar-hukum-hudud.html

semoga manfaat.

dan terima kasih sudi follow blog naim ya..

naim
-http://pemudattbc.blogspot.com-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wa Cinta lu hokeh!