-->

Friday, August 12, 2011

ya Allah

Mampukah Aku Menjadi Seperti Siti Khadijah?
Agung Cintanya Pada Allah Dan Rasulullah,
Hartanya Diperjuangkan Ke Jalan Fisabilillah, Penawar Hati Kekasih Allah,
Susah Dan Senang Rela Bersama. Dapatkah Kudidik Jiwa Seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah Yang Bijak, Pendorong Di Kala Kesusahan Dan Penderitaan,
Tiada Sukar Untuk Dilaksanakan. Mengalir Air Mataku,
Melihat Pengorbanan Puteri Solehah Siti Fatimah,
Akur Dalam Setiap Perintah, Taat Pada Abuyanya Yang Sentiasa Berjuang,
Tiada Memiliki Harta Dunia, Layaklah Ia Sebagai Wanita Penghulu Syurga.
Ketika Aku Marah, Inginku Intip Serpihan Sabar,
Daripada Catatan Hidup Siti Sarah.
Tabahkah Jiwaku, Setabah Umi Nabi Ismail,
Mengendong Bayinya Yang Masih Merah,
Mencari Air Penghilang Dahaga, Di Terik Padang Pasir Merak,
Ditinggalkan Suami Akur Tanpa Bantah, Pengharapannya Hanya Pada Allah,
Itulah Wanita Siti Hajar.
Dapatkah Aku Mengikut Jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub, Pasrah Dengan Dugaan Tuhannya,
Walau Pernah Tersungkur Ke Dalam Jerat Syaitan,
Namun Ia Kembali, Kerana Iman Yang Kuat,
Telah Dijanjikan Syurga Adalah Balasannya, Bahagia Adalah Miliknya.
Mampukah aku menjadi setaat Siti Mutiah?
Menyediakan tongkat, air dan berhias diri,
Demi untuk suaminya yang ditaati, menunggu suaminya pulang dari berjihad,
tanpa sekelumit rasa bosan, berhaklah ia menarik tunggangan,
Siti Fatimah ke dalam syurga. Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah?
Mati Dalam Keunggulan Iman, Bersinar Indah,
Harum Tersebar, Bagai Wanginya Pusara Masyitah.




Wednesday, August 10, 2011

berkongsi rasa.

Asslamualaikum.

Hari ke-10 puasa. ade 20 hari je lagi.20 je lagi?
cepatnye mase berlalu.aku rasa mcm nak stay kt bulan Ramadan ni je. aku tak tahu kenapa. Ramadan ni rsa lain sgt. Macam2 perasaan datang.sedih sayu.
Happy? happy bila tengok Bleki lari lompat2.
Happy bila org selera mkn masakan kita.
Happy bila nmpk mak senyum along senang nk d ajak tarawih tahun ni.
Tp tu je la. Tak byk happy.Sedih sayu yg banyak.
Kenapakah.. takut ni Ramadan terakhir untuk aku mungkin?
Kita tak akan pernah tahu kan.
Tapi kalau Ramadan terakhir bersama family, memang ya lah kot.(ada kot)
Sebab nak mengakhiri zaman kegemilangan bujang sooner.
Wahh betul ke ni along? InsyaAlah, InsyaAllah.
Tapi tak tahu kenapa sedih sgt nih?
Duduk jauh dgn family , rindu family xde la sedih sampai bertong2 air mata.
Duduk dalam rumah, kau pandang aku,
aku pandang kau tapi rsa rindu dkt family lain macam.
Mungkinkah kita patut duduk jauh-jauh?
Alahai...Better off.Semakin panjang aku menaip, semakin ber tong jadinya.
Lebih baik cari Bleki dan pelok.
Sebab tu aku kata Bleki itu terapi.

Bleki masa kecik ade uban.dah tua sikit uban pun takde.apekepeliknye awak ni Bleki.



Thanks for the Objection.

Di pagi yang suam suam sejuk ni,
aku yang-hodoh-lagi-hina (meminjam kata² Too Phat)
dgn besar hati limpa perut memohon Maaf (M dgn huruf besar)
kepada yang terasa apa yg aku sampaikan pd P/s
kat entry korek mengorek batal tak batal itu.
Lain yang nak aku sampai kan, lain pulak penerimaan nya.
Maaflah , aku cuma guna cara aku menulis, salah aku lah kot.(kot)
Sbb org berilmu lain sedikit bahasa nya.
Telah aku di tuduh menghukum dan tak profesional pulak.
Al-maklum aku punya bahasa pasar.
Bahasa yang org macam aku je boleh pakai kot.(kot lg ok).
Dan P/S tu aku sudah selamat delete dari post itu sbb
benda tu dah tersampai kepada org yang sepaptutnya.
(mmg itu pun tujuan nya) tp bkn nak menyalahkan apa.
Sepatotnye cuma mintak di terang jelas je.Jadi nak kata apa.
Itulah engkau Farah Izyan, Abah Mak suruh belajar pandai² ko ngelat.
Kan bila kau guna bahasa paling simple pun org tak paham.
Xpe, aku cakap ngn Bleki je lah.





Monday, August 8, 2011

korek hidung + korek telinga, puasa batal ke tak?


Memandangkan kita di Bulan Ramadan, ada baiknye perkongsian kite pasal tak pasal Bulan Ramadan jugak. Al-kisah.. Td petang dok sembang-sembang dengan adik pasal batal tak batal masukkan sesuatu ke dalam rongga badan.Ape lagi, keluarlah hujah-hujah drpd pemegang khas jawatan ustazah pilihan kt rumah kiteorg ni. Katenye tak batal. Aku yang nak jawapan yg lagi mantop, aku pun google la. Ini lah yang aku dapat.Semoga dapat di manfaatkan. Dan silalah baca sampai sudah..
Terdapatnya kepelbagaian pendapat dalam hal memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Antara yang berpendapat memasukkan sesuatu didalam rongga tidak membatalkan puasa adalah Syaikh Attiyah Saqr (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar), Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Majlis Fatwa Eropah), Syaikh Mohammad Salih Al-Munajjid, Dr. Muzammil Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara) dan ramai lagi.Dalam membahaskan mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa,Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata:
Para ahli fiqh radhiallahu ‘anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.
Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh.
Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108]
Sememangnya tiada dalil jelas dari al-Quran mahupun as-Sunnah yang melarang daripada mengorek hidung ataupun telinga. Bagi yang berpendapat ianya membatalkan mereka bersandar kepada dalil:
Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa. [Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…).]
antara hadith lain

…berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Daripada sabda Rasulullah s.a.w “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” Difahami sebagai dilarang menyedut air ke dalam hidung ketika sedang berpuasa. Jika dimasukkan air maka perbuatan tersebut membatalkan puasa. Pemahaman ini kemudian diluaskan kepada semua rongga tubuh berdasarkan qiyas (analogi).

Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.” [Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms. 117. Dinukil dari Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Jahabersa]
Sebagai kesimpulan mengenai isu mengorek telinga ketika berpuasa saya ingin menukilkan fatwa Syaikh Attiyah Saqr:
Puasa tidak terbatal dengan meletakkan jari ke dalam telinga atau kerana membersihkannya dengan cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan tiada yang dapat meresap melalui gegendang telinga dan sampai kepada kepala, yang mana ianya juga bukan organ menerima makanan yang menyuburkan tubuh badan.

[rujuk: http://www.islamonline.net ]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wa Cinta lu hokeh!