-->

Monday, November 7, 2011

Akhirnya aku menangis jua..T.T



Setelah 3 hari Bleki tak pulang², aku yakin menatang kesayangan aku tu sudah hilang.Pagi tadi menitik² je air mata setelah menanggung 2 hari dua malam bila terfikir apetah dak tu tengah buat. Dia kena curik ke,sesat ke, mati ke..Alahai kesian nye Bleki.Kalau org curik xpe.Harap Tuan baru tu boleh jaga elok.tapi kalau Tuan dia tak jaga elok² camana? Bleki tu suka berak merata. Aku je yang rajin kutip taik dia. Nanti org marah² herdik² dia camana? Tengok dia kena bebel mak sebab berak merata pun aku da sedih.Bleki!!! nak bleki!!nak! Mase mula² hilang tu aku tak terasa sangat sebab aku yakin dia mesti pulang raya nnt.Sbb bleki suka makan ayam! tapi dah raya kedua ni, tak pulang jugak.Hailaa.Mana Bleki.Dah puas carik kat rumah jiran.Dah pesan kat kawan² adik siapa jumpa aku bagi hadiah.Siap panjat siling aku kan, sebab hari tu aku dengar bunyi natang larik² kat bumbung.tak pasal² aku jatuh dari siling tu tergolek² menghempap tangan kiri aku ni. Sampai la ni tangan aku rsa sakit bila pusing². tu tak kesah la.Yang aku  kesah ni, mana Blekiiiii! waaaa, pulang, pulang pelisss.Oren pun dah tidur je keje dia semenjak xde Bleki.kalau tak, dia la plg kecoh lompat sana sini kejar ekor Bleki yg bulu² tu. Mak haihhh.Mane Bleki ni?!nanti kalau org yg amek Bleki tatau nak jaga bleki Camana?Bleki tak mkn kongsi² dengan kucen lain. dia akan tunggu kucen lain abes makan, baru dia makan kadang² tak menyempat pun nak makan.Sebab tu bila lunch derang aku selalu pisah kan oren dengan Bleki.Oren ni gelojoh. suka rebut².Bleki lak slow & steady.aku slalu bagi Bleki makan dalam rumah, Oren  pulak luar rumah. Tapi Bleki ni sangat baik hati malah pemurah . Kalau dia makan, kalau dengar je Oren mengiau² kat lua pintu rumah bila sudah habis makan, dia akan gonggong lauk dia dan bawak larik ke pintu. Pastu ngiau² mcm nak suruh bukak pintu je.alahai Bleki..Mane pergi nye. Kalau dia merayau² tepi jalan camana? Dia tu takut je bunyi enjin.dgr je byi enjin dia akan menyorok lari.kadang² kalau takut sangat dia berlari ke tempat yang tinggi.Masalahnye, Bleki tak reti turun! Risau aku kalau bleki merayau² kat jalan.Bulu dia akan jadi kotor camana?Ye ye, dia reti jilat bulu.tapi lama! bulu dia panjang².Kulit dia pulak sensitif. aku selalu sapu minyak zaitun kat kulit dia.minyak zaitun sangat bagushaihh.betul cakap.Huhu.
Alahai Bleki, pulanglah oke?Aku tunggu. :(


Bleki aku. T.T

Bestfren,kekasih kdg Ibu susuan.


Oren mase kecik dulu.Sekarang da besar sikit.Kucen sesat masuk rumah, terus jadi kawan aku.

P/s: Masa akumenaipni, oren nyenyak je tidur celah lutut aku.Tempat feberet katenye.




Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris



Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.


sekadar gambar hiasan
dari Sumber yg dipercayai

Monday, October 31, 2011

Aku yang menonton The Master lalu tersebak. Kenapa? Padahal Magic je kot.

                Haaaa.Panjang tak tajuk entri aku.kagum tak? mestilah tak.hadooo.Dua malam lepas pukul tiga ke empat pagi aku tak boleh nak tidur.Aku pun keluar dari bilik tidur merayau² mencari Harian Metro yang belum aku baca. Ada la dalam dua ke tiga naskah aku baca, tak jugak mengantuk.Lalu aku berhajat jahat untuk menelipon encik Tunang yang dah lena tidur sejak berjam yang lalu.Percubaan pertama tak bersahut,lalu ke percubaan kedua.Tidak jugak di layan.No hal la.Lagipun Encik Tunang kena bangun awal pergi kerja.Patutnya aku support dia tidur, bukan kejutkan.Hikhik.Apetah support, ingat boleh di buat ke gaya pom² girl melompat² suruh tidur.Dengan keputusan yang muktamad , aku pun tengok la TV. Oh, ada The Master. Lama tak layan rancanagn magic mencari bintang tanpa mantera ni,aku pun buat-buat la layan dengan harapan tertidur. tapi ada ke orang tertidur tengok magic?Hampeh..Teruja aku tengok Deddy Corbuzier yg berlagak & Romy Rafael yang kacak itu. Rancagan hari tu aku agak cuma ujibakat kot.Sebab da last² pun aku tengok. Dan last sekali tu ada Pak cik tua yg uji bakat. Umur pun da 60+. Tengok props gaya dia agak kasihan la jugak.Mula² tu aku pikir gak. Amende la orang tua ni buat? Gaya dia dah la lawak.Selow pulak tu.Magic dia pun magic ala² tradisional.Mula² keluar rebit,pastu anak ayam, burung pipit, last² keluar ular lidi yang haluih tu.Yang comel nye sebelum dia keluarkan menatang tu dia baca mentera ke hapetah tapi mcm lagu kanak² je.Last sekali dia makan kertas,Pastu dia tarik reben panjang² dari mulut dia.Panjangggggg woo. rasa macam seploh minit aku tunggu dia habis kan reben dalam mulut dia tu. Tapi, habis je reben tu keluar gillette pulak brsambung² je gillette tu.macam mane tah dia buat?
                  Kenapa aku sebak?Haaa. Juri tu la..Master Joe Sandy. Dia yang nangis dulu. Aku ni pantang nampak org sebak² ni. Macam menguap la. Aku kalau org tu jauh sekilometer dari aku sekali pun, aku nampak dia menguap, sah aku terikut sama.Berjangkit! Kenapa Joe Sandy tu sebak? Sebab dia teringat zaman kecik² dia laaa.dulu masa kecik balik dari sekolah dia selalu tengok magic² yang semacam itu laaa. Sampai la dia da jadi Master sekarang pun dia masih ingat. Sebab tu yang jadi inspirasi dia. Biasa la, bila teringat zaman kesusahan mak ayah dia masa kecik² mula la nak sedih² kan.Yang aku tak tahan rasa nak nangis tu kan,Master Deddy Corbuzier tu kata kat Pak Cik tua tu, dia punya magic tak menarik langsung dan dia tak layak untuk mengikuti rancangan tu.Macam² lagi dia mcm kutuk tapi pak cik tua tu sengih je. Tengok muka dia sengih tu aku pulak sedih-sedihan. Aku yang baring² menonton jadi terduduk atas kerusi kotak betul² depan tv.Mencangkung aku tanpa sedar.Tapi rupa² nya bkn kutuk free². Pak Cik tua tu selepas itu dia org otaikan dgn bg gelaran The Master magic Tradisional ke hapetah.Pakcik Tua tu masih je sengih kerang dia.Dia pun di peluk² dan di bg penghargaan.Yang lawak nye masa dia simpan ular ke dalam beg kotak, kepala rebit tu tersepit.Meronta-ronta punggung rebit tu.Comel sgt rope punggung nye.Tapi pakcik tu tak perasan rebit dia tersepit.Selepas aku kata, haihhh rebittttttttttttt! dia pun perasan.Sekian cerita aku. Ntahpape cerita aku ni.Tapi aku memang cepat sebak. hailaaaaa.


Ps: Encik Tunang selalu kata aku cepat terpengaruh dengan TV.Ye ke?

Thursday, October 27, 2011

Kempen Tingkatkan Jumlah Followers.



Jom join segmen ni sambil tambah kenalan c^^)
Klik banner utk join hkey (^^.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wa Cinta lu hokeh!