-->

Saturday, July 30, 2011

Tips untuk habiskan satu juzuk sehari.

Salam 'Alaik.
"Ainun, jom lawan sape dapat habiskan baca Quran bulan puasa ni?"teragak-agak aku nak lepaskan ayat nih.Bersebab.
"Hah?" Ainun buat muka pelik.Mesti Ainun fikir tak pernah dibuat Along nih ajak lawan baca Quran?Untuk tujuh minit ke lapan minit Ainun tak sambung ayat selapas "Hah?" dia tu.Aku dah rasa macam, Ala..
"Ok, jom," Masih bermuka pelik.
"Lambatnya respon?"Giliran aku buat muka pelik.
"Tak, aku berfikir jap td,Jomlah lawan" ngeeee.Bagus Ainun nih.
Antara dialog aku dgn adik aku Ainun seminggu lepas.Sejujurnya, bukan hasad aku nak lawan baca Quran sape cepat habis dia menang, siapa lambat dia kalah.Bukan.Cuma aku silu sipu sipu.Aku ni dah lah jarang baca Quran.Semenjak dah besar. Semenjak rasa dh pandai sgt baca Quran(padahal tak), Semenjak bermenjak-menjak ni lah. Memang tak selalu. So, kalau aku ajak adik aku tu lawan baca Quran, nanti tak lah dia pelik kalau tiba2 terdengar aku baca Quran ke, ape ke..Sebab aku ne jenis bila org tegur aku buat sesuatu tu, aku tak buat dah.Egois gila aku ni kan?Padahal, niat aku nak habiskan 30 juzuk tu untuk diri aku sendiri .Diri aku yang selalu sia-sia kan pahala free yang Allah nak bagi.Yang tak pernah menyusahkan kita pun, malah ganjaran berlipat-lipat.Kalau rasa nak topup pahala tu, boleh je buka Al-Quran dan baca.Tp xpe lah, Allah is All-Knowing, All-Aware maksud aku. Oh ya, tadi terjumpa tips untuk habiskan satu juzuk sehari. Rasa bersalah kalau tak di kongsi. Selamat beramal dan Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Tips untuk habiskan satu juzuk sehari.
1 juzuk = lebih kurang 10 helai.
Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita.
Bermaksud, 1 solat = 2 helai bacaan.
Kemudian selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan 2 helai bacaan.
Jika terlepas bagi mana-mana solat [cth: mugkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat]
Bijaklah agih agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal[Asar, Maghrib, atau Isyak]
Jika masih berbaki, pastikan kita habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur.
Dan, pastinya kita perlu mulakan dengan HARI INI agar tidak terasa berat ketika Ramadhan sudah tiba nanti.
Semoga azam untuk kita habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!!
Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:
1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb
1 hizb = 4 rubu'
1 juzuk = 8 rubu'

"Ramadhan...bermulanya suatu perubahan"
[Shahidan Shaarani]
Unit Media Semarak Ramadhan 1432H
IKRAM Johor




2 tukang komen comel comel belake:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wa Cinta lu hokeh!